Halaman Utama

Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn mula beroperasi pada tahun 1992. Kedudukan yang berpusat di Blok Harmoni merupakan suatu tempat strategik yang memudahkan Pusat Sumber IPGKTHO dikunjungi pengguna sepanjang masa.

Selaras dengan penubuhan IPGKTHO sebagai institut berteraskan pendidikan keguruan, pembangunan dalam bidang berkenaan khususnya dan juga bidang lain telah dipergiatkan dari semasa ke semasa. Koleksi bahan pelbagai format telah mencapai lebih daripada 50 000 salinan yang merangkumi buku rujukan, jurnal, tesis, majalah dan CD. Dengan tujuan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna. Pada tahun 2005, sistem berkomputer ILMU (Integrated Library Management Utilities) tajaan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia sistem telah menggantikan sistem pengautomasian SPSS (Sistem Pusat Sumber Sekolah) bagi menguruskan perkhidmatan dengan lebih menyeluruh.