HALAMAN UTAMA

Unit Peperiksaan dan Penilaian merupakan satu unit yang memainkan peranan penting dalam proses melaksanakan dasar Peperiksaan dan Penilaian di Institut Pendidikan Guru. Unit Peperiksaan dan Penilaian bertanggung jawab menjana tugas-tugas mengurus, menyelaras, menganalisis, merekod, menyemak, memberi taklimat, mesyuarat, pensijilan, perancangan, pemantauan dan pendokumentasian hala tuju yang berkaitan dengan urusan pentadbiran peperiksaan dan penilaian.

Rangkaian komitmen yang menjadi hala tuju pentadbiran peperiksaan dan penilaian merupakan cerminan kecemerlangan kepada produk utama institut untukĀ  melahirkan bakal guru yang boleh dibanggakan dalam kepelbagaian kompetensi. Penglahiran pelbagai jurusan kepakaran guru ini diharapkan dapat memartabatkan profesion keguruan dan mencapai agenda Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Landasan yang terbaik dalam penyempurnaan hala tuju unit ini sangat memerlukan sandaran dan sokongan pihak pengurusan dan pentadbiran. Kolaborasi yang diwujudkan dalam setiap rangkaian sistem institut diharapkan dapat meletakkan unit peperiksaan dan penilaianĀ  berada di barisan hadapan seiring dengan misi dan visi institut.