Utama

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berperanan memberi latihan kepada guru-guru pra perkhidmatan melalui program/kursus Latihan Dalam Perkhidmatan . Bagi memenuhi hasrat ini, Unit LDP telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan peningkatan profesionalisme keguruan. Unit LDP, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn merancang dan mengendali kursus-kursus untuk staf akademik, staf sokongan serta guru-guru di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Diharap perkongsian ilmu dan pengetahuan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan di kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru-guru sekolah rendah dan menengah.