Fungsi

Objektif Unit        

Unit Kokurikulum berhasrat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan dasar-dasar Kementerian Pendidikan yang berkaitan kokurikulum berlandaskan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Sehubungan itu objektif Unit Kokurikulum adalah untuk melahirkan guru masa depan yang :

  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran aras tinggi dalam bidang kokurikulum.
  • Dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kokurikulum

         bagi membolehkan mereka memainkan peranan sebagai peneraju yang berkesan di sekolah.

  • Dapat merancang dan mengendalikan latihan di dalam bidang kokurikulum secara

        berkesan di sekolah.