Halaman Utama

Kolej kediaman IPG kampus Tun Hussein Onn terdiri daripada 5 buah blok yang menempatkan 2 blok untuk asrama lelaki dan 3 blok untuk asrama perempuan. Kolej kediaman ini mampu menempatkan 1050 orang penghuni dimana setiap blok terdiri daripada 210 orang penghuni, blok kolej kediaman mula beroperasi sejak tahun 1992. Kolej kediaman ini bertanggungjawab dalam memastikan semua plajar baru yang mendaftar  di insitut ini mendapat tempat penginapan di asrama bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lancar.