Konsep

KONSEP UNIT AMALAN PROFESIONAL IPGKTHO

Semasa pelaksanaan Amalan Profesional, penyeliaan klinikal dan bimbingan diberi keutamaan. Mekanisma ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPG dan sekolah. Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan profesionalisme pelajar.

Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam PdP serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Hasil daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan ilmu binaandan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2. Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.

 

Amalan Profesional dibahagikan kepada tiga komponen seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

  • Pengalaman Berasaskan Sekolah
  • Praktikum
  • Internship