Matlamat & Objektif

MATLAMAT

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk menjadi seseorang insan guru yang profesional dan memiliki sahsiah guru yang unggul. Amalan Profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

 

OBJEKTIF

Melalui Amalan Profesional pelajar dapat:
1  Memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional perguruan.
2   Membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta,inovasi dan kreativiti.
3   Meningkatkan keprihatinan dan kepekaan terhadap murid.
4   Menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
5   Menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP.
6   Menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP.
7   Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah PdP, seterusnya memperkembangkan potensi diri sebagai guru.
8   Membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas guru.
9 Membina teori tersendiri, ilmu binaan dan seterusnya ilmu profesional perguruan.