Laporan

LAPORAN UNIT AMALAN PROFESIONAL IPGKTHO

Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam PdP serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Hasil daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan ilmu binaan dan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka. Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru yang berkesan.
Pasukan Pengurusan Amalan Profesional IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN: Menyediakan perkhidmatan pengurusan praktikum secara profesional, cekap dan berkesan untuk menghasilkan pelajar yang berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi BPG serta Pasukan Pengurusan Amalan Profesional IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN. Dasar ini mengutamakan usaha penambahbaikan yang berterusan untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan:-
• pelajar
• pensyarah pembimbing
• guru pembimbing

LAPORAN 2016