Amalan Profesional

  • Matlamat Amalan Profesional

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk menjadi seseorang insan guru yang profesional dan memiliki sahsiah guru yang unggul. Amalan Profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

  • Objektif Amalan Profesional

1. Melalui Amalan Profesional pelajar dapat:

  • memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional perguruan.
  • membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta, inovasi dan kreativiti.
  • meningkatkan keprihatinan dan kepekaan terhadap murid.
  • menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
  • menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP.
  • menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP.
  • mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP, seterusnya memperkembangkan potensi diri sebagai guru.
  • membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan    dalam semua aspek tugas guru.membina teori  tersendiri, ilmu binaan dan seterusnya ilmu profesional

Semasa pelaksanaan Amalan Profesional, penyeliaan klinikal dan bimbingan diberi keutamaan. Mekanisma ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPG dan sekolah.  Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan profesionalisme pelajar.

Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam PdP serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Hasil daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan ilmu binaan dan  inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2. Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.

ILMU PROFESIONAL KEGURUAN
ILMU BINAAN
TEORI TERSENDIRI
TEORI
PRAKTIS
  • Pelaksanaan Amalan Profesional

Amalan Profesional bagi Program Pendidikan Guru dilaksanakan seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 : Pelaksanaan Amalan Profesional

Program Tempoh Pelaksanaan Program Amalan Profesional
Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship
PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Internship
Tempoh 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 4 minggu 8 minggu 12 minggu 4Minggu
Semester 1 2 3 4 5 6 7 8
Kredit 2 4 6 2
  •  Penilaian Amalan Profesional

Penilaian Amalan Profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 : Penilaian Amalan Profesional

Program Komponen Amalan Profesional
Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship
PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Internship
PISMP 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 4 minggu 8 minggu 12 minggu 4Minggu
Markah Markah tugasan kursus yang dibuat semasa PBS 100 % 100 % 100 % 100 %
  • Syarat Penentuan Keputusan
  • Pencapaian pelajar dalam Amalan Profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkan dalam Panduan dan Syarat Penganugerahan    Sijil/Diploma/Ijazah.
  • Penentuan  lulus pelajar dalam setiap fasa Praktikum dan Internship adalah tahap minimum (50%) dicapai.
  • Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat  berikut:
  • Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategori lulus.
  • Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan yang diberikan.
  • Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebanyak tiga kali sepanjang tempoh praktikum walaupun setelah diberi bimbingan dan amaran bertulis.
  • Melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan Amalan Profesional dan didakwa di bawah Akta 174 serta disabitkan kesalahan.