Garis Panduan Praktikum PDPLI dan PDPM

1. AMALAN PROFESIONAL

1.1 Pengenalan

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional ini digubal sebagai panduan dalam melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM). Garis Panduan ini mengandungi maklumat berkaitan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan pelaksanaan Praktikum. Maklumat tentang struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat, panduan penggunaan borang dan kaedah penilaian dinyatakan secara jelas.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah penyelia, guru pembimbing dan pengurus sekolah, bagi memahami dan menghayati peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan Profesional. Di samping itu, garis panduan ini juga dapat membantu pensyarah penyelia dan guru pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan, penyeliaan dan penilaian pelajar.

Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru(IPG) khasnya Unit Praktikum, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)boleh menggunakan garis panduan ini untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan pelantikan, penempatan, penyeliaan, pemantauan dan penyelarasan Amalan Profesional.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan untuk membantu usaha menjayakan Amalan Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna dalam menyempurnakan Program Pendidikan Guru kendalian IPGK selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

 

11. Praktikum PDPM & PDPLI