Garis Panduan Amalan Profesional (PISMP)

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL PROGRAM PENDIDIKAN GURU (PISMP)

12. Praktikum PISMP 

Garis Panduan Amalan Profesional Program Pendidikan Guru digubal sebagai panduan dalam melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Garis Panduan Amalan Profesional ini mengandungi maklumat berkaitan dengan  Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship. Maklumat tentang struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat, panduan penggunaan borang dan kaedah penilaian dinyatakan secara jelas.
            Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah penyelia, guru pembimbing dan pengurus sekolah, bagi memahami dan menghayati peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan Profesional. Di samping itu, garis panduan ini juga dapat membantu pensyarah penyelia dan guru pembimbing  dalam melaksanakan tugas bimbingan, penyeliaan  dan penilaian pelajar.
            Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru(IPG) khasnya Unit Praktikum/Unit Amalan Profesional, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) boleh menggunakan garis panduan ini untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan pelantikan, penempatan, penyeliaan, pemantauan dan penyelarasan Amalan Profesional.
             Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan untuk membantu usaha menjayakan Amalan Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna dalam menyempurnakan Program Pendidikan Guru kendalian IPG selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.