Halaman Utama

PENGENALAN

Unit Praktikum IPG Kampus Tun Hussein Onn bertanggungjawab melaksanakan program-program amalan profesional iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ), Praktikum dan Intenship. Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar sepenuh masa Program Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ), dan Kursus Dalam Cuti ( KDC ). Unit Praktikum bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi penempatan guru pelatih. Guru Pembimbing terlatih telah dilantik bagi membimbing pelajar sepanjang menjalani praktikum.

Amalan profesional merupakan laluan utama pelajar untuk merealisasikan teori pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan profesionalisme dan memartabat profesion keguruan yang selaras dengan perubahan- perubahan yang berlaku di dalam bidang pendidikan khususnya pendidikan guru

5