Halaman Utama

Jabatan Sains dan Matematik (JSM) ini telah wujud sejak IPGKTHO ditubuhkan pada 1992. Namun begitu jabatan ini telah mengalami beberapa perubahan dari segi struktur organisasinya. Pada awalnya jabatan ini wujud sebagai satu jabatan yang menggabungkan beberapa unit antaranya Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan PJK. Kemudiannya Unit Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat berpisah menjadi jabatan. Pada tahun 2008, Jabatan Sains dan Jabatan Matematik digabungkan semula menjadi satu jabatan yang terdiri daripada Unit Sains, Matematik, Pendidikan Alam Sekitar dan PJK. Pada 16 Julai 2014, berlaku penstrukturan semula jabatan dan JSM menggabungkan Unit Matematik dan Unit Sains di bawah satu jabatan. Kini JSM dianggotai oleh 6 orang pensyarah Sains, 6 orang pensyarah Matematik dan 3 orang pembantu makmal.