Halaman Utama

Pengenalan

20170314_083216Jabatan Pendidikan Teknik Vokasional terdiri daripada lima unit pengajian, iaitu Unit Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) – Kemahiran Teknikal, Unit RBT – Ekonomi Rumah Tangga, Unit RBT – Sains Pertanian , Unit RBT – Perdagangan dan Keusahawanan dan Unit RBT – Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jabatan Pendidikan Teknik Vokasional berperanan melatih pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi terkini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jabatan Pendidikan Teknik Vokasional juga melaksanakan pelbagai kursus dalam perkhidmatan untuk para guru sekolah renda, menengah dan juga pensyarah untuk memperkembangkan tahap profesionalisme secara berterusan.

Objektif

  • Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk guru-guru opsyen Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah rendah.
  • Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk guru-guru bukan opsyen Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah rendah dan menengah.
  • Mempertingkatkan profesionalisme para pensyarah Pendidikan Teknik dan Vokasional.