Piagam Pelanggan

Kami warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn  berjanji akan melaksanakan dasar pembangunan pendidikan seperti berikut:

i. Memastikan disiplin dan tatalaku pelajar dapat mematuhi etika pelajar selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii. Membantu kebajikan pelajar dari aspek caruman insuran, rawatan dan penempatan selepas pengajian.

iii. Melengkapkan data, menyimpan maklumat dan membuat analisis yang berkaitan pelajar.

iv. Memastikan pelajar mendapat perkhidmatan kaunseling dan bimbingan yang berkesan.

v. Menyediakan aspek pengembangan dan peningkatan sahsiah kepimpinan dan budaya ilmu dalam kalangan pelajar.

vi. Memastikan penginapan pelajar kondusif, selesa, bersih dan ceria.

vii. Mengurus pendaftaran pelajar baru dengan penuh sistematik dan berkesan.

viii. Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam melaksanakan dan aktiviti di institut.