Perutusan Ketua Jabatan

KJ

TUAN HAJI ISMAIL BIN ABDUL SAMAD

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh dan Salam Sehati Sejiwa

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata di laman web JHEP ini.

Portal ini merupakan satu dari entiti bagi memenuhi Visi, Misi Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, Oleh itu, marilah bersama kita manfaatkan portal  ini dan segala kemudahan yang disediakan padanya. Jadikan portal ini pemacu kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan produk organisasi. Marilah kita bersama-sama berazam, bertekad dan terus berusaha ke arah memartabatkan lagi profesion keguruan yang kita sanjungi ini.

Portal ini juga sebagai pembantu bagi pelaksana program dan aktiviti secara sistematik dan komprehensif. Sekaligus dapat mempercepatkan ke arah transformasi pengurusan IPG dengan lebih mantap dan berkesan terutama dalam usaha membangunkan modal insan yang cemerlang minda kelas pertama.

Adalah dengan ini diharapkan semua warga IPG KTHO menjadikan portal ini sebagai tempat berkolaboratif dan alat penyampai maklumat yang berkesan dalam menjalankan tugas dan rutin harian kita.

Akhir kata, kejayaan pelaksanaan Pendidikan Guru termasuk kolaboratif dan penyampaian maklumat melalui portal ini akan terjana hasil daripada kerjasama, kesediaan dan kesanggupan semua warga memikul dan melaksanakan tugas dengan amanah .

Sekian, terima kasih.

Tn.Hj. Ismail bin Abdul Samad

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

IPG Kampus Tun Hussein Onn