Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PENGENALAN

                Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat merupakan sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar, menjadi penghubung di antara pelajar dengan pentadbir, menjaga kebajikan pelajar, menguatkuasa peraturan dan memainkan peranan sebagai nadi pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan visi, misi dan objektif IPG. Jabatan Hal Ehwal Pelajar terdiri daripada unit-unit berikut :

  • Unit Disiplin dan Tatatertib
  • Unit Data dan Rekod
  • Unit Kebajikan dan Keselamatan
  • Unit Kepimpinan dan Pengembangan

Selain dari unit-unit di atas, Jabatan HEP juga mengendalikan aktiviti pelajar melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ).