Halaman Utama

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral atau lebih dikenali sebagai JAPIM  Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) telah wujud seiring dengan penubuhan IPGKTHO iaitu pada 1 April 1992.

JAPIM terdiri daripada 14 orang pensyarah.  Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkaitan Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar-pelajar latihan pra perkhidmatan mod sepenuh masa yang terdiri daripada pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

JAPIM juga terlibat dalam mengendalikan program pra perkhidmatan Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) KDPM KEMAS, KDPM Pengajian Agama Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), dan Kursus Program Pensiswazahan Guru (PPG) Dalam Perkhidmatan.